
Penyakit kencing manis ataupun Diabetis Mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hyperglyceamia (ketinggian kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.
Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
• Diabetis jenis pertama juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetis Mellitus') atau diabetis awal remaja. Diabetis jenis pertama dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetis jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin untuk pengawalan tahap glukosa darah.
• Diabetis jenis kedua boleh disebabkan oleh kerintangan
tisu badan terhadap insulin dan penghasilan insulin yang berkurangan.
Diabetis jenis kedua boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan,
pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan (
suntikan insulin diperlukan sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang
berkesan atau memberi kesan sampingan kepada pesakit).

Biasanya mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas) mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis

Tiada ubat-ubat tertentu untuk merawat penyakit ini. Biasanya doktor akan mengesyorkan ubat untuk mengawal penyakit kencing manis. Adakalanya ia memberi kesan kepada penghidap-penghidap penyakit ini. Rawatan untuk penyakit kencing manis adalah melalui kawalan pemakanan yang seimbang.
Makanan yang anda makan memainkan peranan yang penting dalam kawalan penyakit kencing manis. Adakalanya, kes-kes yang tidak teruk, dapat dikawal melalui jagaan makanan sahaja.
Kini salah satu ubat herba untuk mengawal kencing manis melalui kaedah BioTech telah dihasilkan yang dinamakan Diabegard TM. Selain daripada kawalan pemakanan, kebanyakan pesakit memerlukan ubat untuk mengawal penyakit mereka. Doktor juga memberikan suntikan insulin sekiranya paras gula didalam darah sukar dikawal

Pemeriksaan dari masa ke semasa termasuk ujian air kencing dan darah adalah sangat penting dalam rawatan dan kawalan kencing manis
Seperti yang disebutkan tadi, kawalan makanan sangat penting dalam rawatan penyakit kencing manis.
Makanan harian yang anda patut makan bergantung kepada beberapa faktor
seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan oleh anda
dan keadaan penyakit anda. Adalah mustahak bahawa makanan harian mestilah
seimbang iaitu, mengandungi semua bahan-bahan yang diperlukan oleh badan
anda untuk kesihatan dan juga memberi tenaga untuk menjalankan tugas harian
Gula yang berlebihan, Coklat, Jem, Sirap, Aiskrim, Biskut-biskut yang manis, Susu pekat, Minuman ringan, Gula-gula jeli dan sebagainya.

Nasi, Roti, Ubi kentang, Ubi keledek, Ubi kayu, Jus, Kelapa, Daging kambing, Buah-buahan jeruk, Bahan-bahan tenusu dan sebagainya.

Sayur-sayuran – kacang panjang, kobis, bawang, timun, lobak merah, kangkong,
sawi, cendawan, bayam, tomato, bunga kobis, kacang bendi, terung, petola.
Buah-buahan dengar kadar yang sederhana.
Penyakit kencing manis berlaku dengan lebih kerap di kalangan orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Didapati bahawa tindakan insulin berkesan dalam orang yang gemuk
Amatlah penting bagi penghidap kencing manis untuk sentiasa menjaga berat badan. Kalau berat badan turun, badan dapat menggunakan gula dalam darah dengan lebih sempurna dan dengan itu, kadar gula dalam darah akan turun
Kurangkan makanan yang terlalu banyak karbohidrat dan lemak.
Cuba melakukan senaman setiap hari seperti berjalan dan berkebun
Senaman yang dilakukan secara teratur adalah sangat baik untuk penyakit
kencing manis kerana ini dapat menambahkan lagi pembakaran gula dalam otot-otot
dan dengan itu mengurangkan kandungan gula dalam darah. Pengaliran darah
juga bertambah baik.
Penyakit ini akan melarat sehingga mendatangkan akibat-akibat buruk seperti :-
Kalau tidak dirawati dengan serta merta, pesakit boleh maut